Monday, September 5, 2011

Prune Cake


Gambar tu tak tempting sangat, potong kek pun senget :yang penting rasa mau ada :)

Bhn2:
250 g mentega
1 cwn gula perang (gula putih also can, but boleh kurangkan sikit)
4 biji telur A/ i used 5 biji size C
1 camb susu pekat
2 cwn prune hancur (i used +-20 biji prune (hiris/potong2 dadu dan masak dgn 1 cawan air sampai prune jadi lembik/agak hancur) - dapatkan air prune + susu pekat ni = setengah cawan, kalau tak cukup, top up dgn susu atau air biasa pun boleh)
esen vanila

bhn2 bwh ni: gaul bersama
2 cwn tpg gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camb milo/koko

cara2:
1. pukul mentega + gula sampai berkrim.
2. masukkan telur 1-1. pukul.
3. masukkan esen vanila, susu pekat.kacau.
4. masukkan tepung sikit2. 
5. last sekali masukkan prune, kacau perlahan sampai rata.
6. bakar suhu cam biasa utk cake lah, dah siap.

I used 10" round cake pan sbb ada 8" and 10" je. Resipi asal Siti Rahayu Selamat thn 1999/2000. Rasanya setiap tahun buat ni, at least sekali :)

Wednesday, August 3, 2011

Crochet Cardigan

Finally this crochet cardigan is completed. This pattern is for 4 year old, still fits Najibah who is going to be 5 this year. Click here for the pattern http://www.lionbrand.com/patterns/70455AD.html?noImages=


Tuesday, June 21, 2011

Tips Pengurusan Hutang (22/6)

Hari ni pulak saya nak share tips pengurusan hutang. Ni pun dari KLfm oleh Puan Hjh Rohani (selalu bagi talk tentang pengurusan kewangan di media).  Ada beberapa tips yg saya dah termiss dalam first part minggu lepas.

So untuk minggu ni, tips yang dikongsi adalah:

  1. senaraikan semua hutang yang ada
  2. settlekan hutang seperti credit card dengan buat personal loan atau refinance rumah.  Ini kerana kadar interest/profit untuk credit card lebih tinggi (biasanya 18%) berbanding personal/housing loan (<10%). Tetapi tempoh masa untuk credit card settlement lebih pendek, dan untuk personal/housing loan lebih panjang. Ingat untuk dapatkan pinjaman hanya secukupnya sahaja dan tidak berlebihan. 
  3. Taubat jangan buat hutang lagi.
  4. Sekiranya ada instrumen kewangan yang tidak islamik contohnya credit card, tukarkan ke yang islamik. 
Ini adalah untuk panduan, jadi fikir-fikirkan lah... 

Tips Perniagaan Internet (21/6/11)

Hari ni saya nak share tentang tips perniagaan Internet oleh Irfan Khairi yg saya dgr di KLfm semalam. (Irfan Khairi ada satu slot tips perniagaan Internet setiap selasa 7.45 pagi di KLfm).
  1. Perkara yg orang selalu cari di Internet adalah maklumat. Jadi apa yang senang untuk dijual di Internet adalah juga maklumat. Bagaimana - Irfan cadangkan buat e-books untuk jual maklumat tentang apa yang kita tahu/minat/pandai. Contoh : kalau pandai menjahit, buat e-books untuk panduan menjahit.  
  2. 3 jenis maklumat yang paling banyak orang cari adalah pengurusan kewangan, kesihatan dan gaya hidup (lifestyle). Jadi jual lah maklumat tentang perkara-perkara ini.
Jadi selamat menjual :)

Sunday, June 12, 2011

Completed edging of table runner

I have finished this yesterday.  The picture shows the edging of the table runner or table top. This was supposed to be a table cloth, but I got bored, so decided to do a table top instead. Next time must remember if I want to  crochet a table cloth,  heavier yarn and bigger hook please.... kalau tak, bertahun2 la tak siap2...

Tuesday, May 24, 2011

Dealing with inflation and subsidy rationalisation

Kadar inflasi naik? Subsidy rationalisation  (urgh, what is that?) Today let's share tips on how to deal with this (based on what I listened on radio on the way to work today)

  1. change our lifestyle - reduce expenses, cut n cut n cut costs. These are all my suggestions, it is up to you whether you want to apply it or not
    • bring 'bekal' for meals
    • drink plain water only, its good for your health anyway (So, you pay 20/30 sen instead of RM1.70 or more for a glass of teh beng)
    • bring even plain water if you are going out
    • for mommies with babies, please breastfeed... it is good for your baby, yourself and your pocket. Invest in a good breastpump which can last long.
    • go for cloth diapers instead of disposable diapers. (I am referring to the modern cloth diapers and not napkin + seluar getah.)
    • go for non-branded items e.g. instead of FAB/Dynamo change to Tesco, First Choice brand
    • start the washing machine only when it is fully loaded
    • switch off all lights, fans, airconds and electrical points when not in need
    • you can even 'kumpul air lepas wuduk' in buckets to 'flush toilets'
    • switch off car engine while you wait. 
    • reduce excess baggage in your car.
    • plan your trips. If you need to do multiple stops, go for the farthest first. (I read this somewhere long time ago).
  2. if we cannot change our lifestyle and reduce more expenses, then it is time to get more money :( How? There are many ways, which may not work for everyone. Examples:
    • selling items online - must be something which is of your passion and your strength
    • doing part-time jobs. You can click here for a suggestion on a no start-up cost part-time job (Peluang Kerjaya)
And the list goes on... Hope this list will be beneficial to us.

Monday, May 23, 2011

Udang masak serai

Udang Masak Serai
Saya cuba masak resipi ni hari minggu lepas. Sedap... saya ikut resipi di sini http://www.kakinakl.com/2010/11/resepi-udang-serai_05.html .  Saya copy-paste dari link di atas....

Resepi Udang Serai

Ambil resepi ni dari blog Aidah.  Dia ambil dari resepi Chef Sabri
Bahan-bahan:
800 gm udang (digoreng terlebih dahulu hingga garing)
minyak masak
2 batang serai
20 gm baanwg putih (dicincang)
60 gm bawang merah (dicincang)
20 gm daun kunyit (dihiris halus)
1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
3 sudu makan sos tiram
30 gm cili kering (direndam dan dihiris tanpa biji)
2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 cawan air
1 biji air limau nipis
Sedikit tepung jagung dicampur sedikit air (saya tak letak)
Garam &amp gula secukup rasa

** Bahan-bahan  seperti serai, bawang putih, bawang merah, daun kunyit, cili kering - kesemuanya saya kisar terlebih dahulu.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang, putih, bawang merah dan kacau hingga naik bau. Masukkan jintan manis, serai, daun kunyit, cili kering dan kacau hingga rata (saya lak masuk je terus kesemua bahan kisar tadi hingga pecah minyak)
2. Masukkan udang, sos tiram, serbuk pati ikan bilis, air dan kacau seketika.
3. Masukkan air limau nipis, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan bacuhan tepung jagung (saya tak letak sebab kurang gemar dengan masakkan yang menggunakan tepung jagung)


Saya tukar limau  nipis ke asam jawa, tak masukkan  tepung jagung + pati ikan bilis, dan tambah tomato hiris. Yummy...

Friday, May 20, 2011

My crochet table cloth

Yang ni plak table cloth yang dah bertahun-ahun tak siap2 lagi... aduhai...  tapi tahun ni dah beli benang banyak2 kalau boleh nak siapkan tahun ni juga... Ni ikut pattern dapat dari buku kawan...

My crochet bag

Ini adalah beg yg saya kait (crochet). Kecik je beg ni, sesuai untuk budak2. Dalam pattern kata 3 jam je, tapi saya buat sehari suntuk juga lah.:D Untuk dapatkan pattern sila klik di sini http://www.free-crochet.com/detail.html?code=FC00669&cat_id=306

Wednesday, May 18, 2011

Sekapur Sirih

Assalamualaikum semua...

Saya tak pandai menulis, cuma memenuhi masa lapang dan kongsi sedikit maklumat dengan semua. So, enjoy reading!